
Friday, 3 May 2013
Thursday, 2 May 2013
Tuesday, 26 March 2013
Bengkel Membuat Kek
Bismillahirrahmanirrahim.
TA'ARUF
UKHUWAH
PENGHARGAAN
Nabi S.A.W. pernah bersabda; "Dan hendaklah kamu saling berpesan-pesan agar sentiasa berbuat baik kepada para wanita. Sesungguhnya mereka dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok, dan tulang rusuk yang paling bengkok itu merupakan tulang rusuk yang paling atas, jika kamu berkeras untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya, tetapi jika kamu membiarkannya maka ia akan terus bengkok. Maka berpesan-pesanlah kamu agar sentiasa berbuat baik kepada para wanita" (Riwayat al-Bukhari).
Sekian, wallahu’alam. Salam mujahadah dan salam perjuangan
buat semua insan.
(NOR HIDAYAH BINTI MOHD KHAIRI)
Setiausaha Agung
Sayap Kiri Ummah Rabbani (SAKURA)
Sahabat Masjid (SAHAM) Sesi 12/13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Friday, 8 March 2013
SAKURA @ Friday Wisdom
![]() |
Saudari Nuri |
LAHAD DATU
Saudari Aini |
Namun, walau apa jua yang akan berlaku, beliau mohon agar semua sahabat yang berada di semenanjung untuk terus mendoakan keselamatan sahabat-sahabat dan saudara-mara yang berada di Sabah. Bagi yang mempunyai kenalan yang berada di sana, saudari Aini menyeru agar terus memberikan sokongan moral dan semangat kepada mereka. Tabung derma bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik juga turut diedarkan.
PENAWAR HATI
Program diteruskan dengan slot pengisian yang bertajuk "Penawar Hati". Pengisian tersebut telah disampaikan oleh Puan Anita Bt Abdul Rani, Pensyarah PBMSK UMP. Antara perkara yang ditekankan ialah berkenaan dengan bagaimana untuk menghadirkan hati yang bersih. Hati yang bersih itu datangnya dari hati yang jauh dari penyakit. Penyakit tersebut adalah HASAD. Kehadiran hasad dalam diri boleh dilihat melalui 3 tanda.
- Tidak nampak kelebihan yang ada pada orang lain
- Tiada rasa kasih dan sayang
- Hilang keakraban
![]() |
Pn. Anita |
Maha Pengasih dan Penyayang Allah kepada hambanya, Dia datangkan setiap perkara dengan pasangannya. Hawa bersama Adamnya, langit bersama buminya, pantai bersama lautnya, lagu bersama iramanya. Begitulah juga dengan penyakit, Allah hadirkan penawar sebagai pasangannya. Subhanallah!
Dalam perkongsian tersebut, Puan Anita turut kongsikan 3 cara untuk mengubati hati yang diserang barah hasad ini. Penawarnya ialah:
- Membaca al-Quran
- Berpuasa
- Berzikir
Al-Quran itu terkandung didalamnya pelbagai kalamul jadid buat hamba-Nya yang beriman. Allah hadirkan pelbagai "ubat" agar kita kembalikan pergantungan pada Dia. Bagi merawat barah hasad ini, salah satu daripadanya, Dia hadirkan sepotong ayat untuk dijadikan amalan buat kita semua.
Mafhumnya: Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang
zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al-Isra' : 82)
(Al-Isra' : 82)
SAYANG ALLAH
Letakkan tapak tangan dekat dengan hati. Bisikkan pada diri ayat tersebut. In shaa Allah, moga dengan kuasa-Nya, titik-titik hitam hasad itu gugur dan mendekatkan lagi hubungan kita pada Allah S.W.T. Selain daripada itu, Puan Anita turut kongsikan satu tips tentang bagaimana untuk hadirkan rasa cinta pada Dia.
Sepertimana si isteri mencintai sang suami, rasa cinta itu antaranya dizahirkan dengan kata-kata. Tapi, adakah kita lakukan hal yang sama pada Allah? Begitulah yang dipersoalkan oleh Puan Anita pada sahabat-sahabat muslimat yang hadir. Sebagai penceramah, Puan Anita sendiri telah mengetuai sesi 'sampaikan cinta pada Dia'. Seluruh ahli dewan bersama-sama meluahkan bait-bait cinta pada Yang Khaliq. Bait-bait seperti "Saya sayang Allah" dan "Aku rindu Allah" diulang-ulang beberapa kali dan diakhiri dengan doa agar diberi keimanan yang kukuh.
Friday Wisdom edisi 8 Mac 2013 melabuhkan tirainya tepat jam 1.40PM.
(ANIS IZZATI BT AB FAUZAN)
Unit Informasi & Kaunseling,
Sayap Kiri Ummah Rabbani (SAKURA)
Sahabat Masjid (SAHAM) Sesi 12/13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Sunday, 17 February 2013
Laporan Konvensyen Pendakwah Muda
![]() |
Perasmian Kempen Mahasiswa Anti Valentine's Day |
Pada 3 Februari 2013, Sahabat
Masjid (SAHAM) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menghantar wakil ke
program Konvensyen Pendakwah Muda IPT Asean 2013 anjuran Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama
Yayasan Taqwa, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Sekretariat
Pendakwah Muda Malaysia, Karangkraf dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Program yang telah dilaksanakan
selama sehari dengan bertemakan "Belia Islam Pemangkin Transformasi
Ummah" bertujuan menyuburkan budaya integriti dan integrasi dalam kalangan
pemimpin pelajar di peringkat kampus, disamping memupuk barisan kepimpinan yang
bertaqwa, berkredibiliti dan berkarisma yang akan melonjakkan nama negara di
masa hadapan.
Bertempat di Dewan Kuliah Pusat USIM,
program dimulakan dengan ucaptama oleh Professor Dato’ Dr. Sidek Baba
(Professor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sekitar jam 9 pagi. Beliau
mengingatkan peserta untuk sentiasa bersabar dalam berdakwah dan tidak menjadi
golongan yang melampau seperti mengkafirkan orang. Beliau juga turut
mengingatkan bahawa para pendakwah perlu menjalankan misi dengan bijaksana dan tidak
mengikut kata hati. Selain itu, pendakwah muda adalah generasi penyambung dan perlu
memiliki ilmu fundamental Islam dengan pengalaman berjemaah (berorganisasi)
yang sifatnya terbuka untuk menyantuni mad'u.

Program ini turut diserikan dengan penampilan istimewa Imam Muda hafiz,
Sham Kamikaze & Ana Raffali dengan forum yang bertajuk “Dakwah Itu Seni".
Penceramah jemputan dari Singapura iaitu Tuan Haji Adnan Bin Abd Hamid dan
indonesia, Encik Akmal Salim Ruhana turut hadir untuk berkongsi pengalaman
dalam melaksanakan dakwah di negara masing-masing.

(NORNAJIHAH BINTI ALI)
Unit Kepimpinan dan Akademik,
Sayap Kiri Ummah Rabbani (SAKURA)
Sahabat Masjid (SAHAM) Sesi 12/13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Ucapan Pengerusi SAKURA
Assalamualaikum w.b.t.
Uniknya Allah s.w.t menciptakan wanita bermula dari
rusuk kiri seorang lelaki. Dijadikan sebagai
isteri Nabi Adam dengan mahar selawat kepada Rasulullah s.a.w. untuk
menemani kesunyian baginda di syurga. Lantaran permulaan penciptaan wanita
sebagai penguat sang lelaki, wanita dicipta dengan pelbagai keistimewaan yang
mana emosinya tak terjangkau, meluap-luap sehangat lava gunung berapi yang pada
masa yang sama boleh menjadi sedingin ais di kutub.
Gelaran bagi seorang wanita, “peniup obor
semangat” yang berdiri di belakang tokoh perjuangan bukan semata-mata gelaran halwa
bicara. Tetapi fitrahnya jelas sebagaimana hangatnya darah merah Sumayyah yang
menjadi mahar ke syurga demi mempertahankan kalimah Lailahaillallah. Pengorbanan
Sumaiyyah menjadi mercu tanda sejarah, pencetus syahid di jalan Allah. Teladanilah
Khaulah sebagai pengobar janji perlawanan, mencetak anak-anak peminang
bidadari. Menyelongkar kehebatan Aishah sebagai serikandi ilmu dengan
sehamparan ingatan yang sangat menggugah, menguasai Al-Quran dan persoalan
agama hingga menjadi tarikan pesona terbesar sebagai galeri ilmu yang terus
menyuluh pencerahan. Ummu Nusaibah Binti Kaab mengotakan janjinya dengan
menjadi perisai Nabi SAW di medan tempur Uhud (3 Hijrah) yang melakar sejarah
itu. Nusaibah adalah seorang muslimat yang turut berbaiah dalam peristiwa
Perjanjian Aqabah yang kedua dan tidak pernah lelah berjuang dengan barisan
kaum muslimin.
Sahabat-sahabat yang disayangi Allah,
Andai pemata itu mahal, mahal
lagi harga seorang wanita. Andai mawar itu harum, harum lagi motivasi dari
seorang wanita. Kerana wanita itu lembut, hati yang keras boleh mencair, hati
yang panas boleh bertukar sejuk dengan sebaris bicara seorang wanita. Bermula
dengan hanya merawat tentera yang cedera, menyiapkan bekalan makan, minum dan
pakaian para perindu syahid, mengasuh anak-anak bakal khalifah, memberi kata
motivasi sehinggalah wanita berperanan sebagai pemikir dan penggerak ummah.
Tangan itulah yang menghayun buaian dan tangan itu jua yang mampu mengoncang
dunia.
Selaras dengan matlamat
melahirkan wanita yang melengkapi ciri-ciri wanita solehah, SAKURA ditubuhkan. SAKURA
pada asalnya adalah cetusan idea daripada kesedaran saf kepimpinan Sahabat
Masjid (SAHAM) akan peri pentingnya membina jambatan penghubung antara beliawanis Universiti Malaysia Pahang yang mana
mempunyai pelbagai ragam yang luar biasa kehebatannya. Apabila digabungkan
pemikiran-pemikiran beliawanis ini, pasti wujudnya sebuah fenomena. Justeru SAKURA
berfungsi sebagai platform untuk beliawanis di seluruh kampus UMP berkumpul,
beramah mesra, menonjolkan bakat dan mengetengahkan potensi yang ada dan
akhirnya menyedari peranan wanita sangat penting dan bernilai dalam agenda membangunkan
agama, bangsa dan negara. Bukan sekadar meraikan wanita-wanita muda terutamanya
muslimah,Sakura juga berperanan menyedarkan siswi terhadap isu semasa dan
pentingnya mahasiswi dalam menyokong agama dan negara.
Seperti mamanjat tembok,
seorang menghulur, seorang memangku dan seorang memanjat,masing-masing
mempunyai peranan sendiri kerana kita manusia hidup untuk saling melengkapi.
Sesuatu kejayaan tidak mungkin berhasil dengan hanya bersendirian seperti
bertepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Pembinaan ukhwah adalah akar
kepada sebuah penghijrahan diri sebelum dapat membuat transformasi sepenuhnya.
Sakura berperanan sebagai titi penghubung antara hati-hati wanita kerana dengan
terbinanya ukhwah ini, jalan yang sukar terasa mudah, jiwa yang kosong akan
terisi seterusnya menemukan jawapan bagi setiap persoalan yang dicari. Hidayah
Allah pasti akan datang kepada insan-insan yang sentiasa berusaha mencari.
Tuntasnya, saya sebagai
pengerusi unit Sayap Kiri Ummah Rabbani (SAKURA) berharap kewujudan Sakura yang
keahliannya terbuka kepada semua siswi bergelar muslim ini dapat menjadi
pemangkin perubahan mahasiswi dari segi mental, rohani dan jasadi. Justeru,kami
sangat mengalu-alukan penyertaan dari semua mahasiswi. Sokongan dan idea
penambah baikan amat kami hargai.
(AMIRA SHAZWANI BINTI RIDZUAN)
Pengerusi,
Sayap Kiri Ummah Rabbani (SAKURA)
Sahabat Masjid (SAHAM) Sesi 12/13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Subscribe to:
Posts (Atom)