![]() |
Saudari Nuri |
LAHAD DATU
Saudari Aini |
Namun, walau apa jua yang akan berlaku, beliau mohon agar semua sahabat yang berada di semenanjung untuk terus mendoakan keselamatan sahabat-sahabat dan saudara-mara yang berada di Sabah. Bagi yang mempunyai kenalan yang berada di sana, saudari Aini menyeru agar terus memberikan sokongan moral dan semangat kepada mereka. Tabung derma bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik juga turut diedarkan.
PENAWAR HATI
Program diteruskan dengan slot pengisian yang bertajuk "Penawar Hati". Pengisian tersebut telah disampaikan oleh Puan Anita Bt Abdul Rani, Pensyarah PBMSK UMP. Antara perkara yang ditekankan ialah berkenaan dengan bagaimana untuk menghadirkan hati yang bersih. Hati yang bersih itu datangnya dari hati yang jauh dari penyakit. Penyakit tersebut adalah HASAD. Kehadiran hasad dalam diri boleh dilihat melalui 3 tanda.
- Tidak nampak kelebihan yang ada pada orang lain
- Tiada rasa kasih dan sayang
- Hilang keakraban
![]() |
Pn. Anita |
Maha Pengasih dan Penyayang Allah kepada hambanya, Dia datangkan setiap perkara dengan pasangannya. Hawa bersama Adamnya, langit bersama buminya, pantai bersama lautnya, lagu bersama iramanya. Begitulah juga dengan penyakit, Allah hadirkan penawar sebagai pasangannya. Subhanallah!
Dalam perkongsian tersebut, Puan Anita turut kongsikan 3 cara untuk mengubati hati yang diserang barah hasad ini. Penawarnya ialah:
- Membaca al-Quran
- Berpuasa
- Berzikir
Al-Quran itu terkandung didalamnya pelbagai kalamul jadid buat hamba-Nya yang beriman. Allah hadirkan pelbagai "ubat" agar kita kembalikan pergantungan pada Dia. Bagi merawat barah hasad ini, salah satu daripadanya, Dia hadirkan sepotong ayat untuk dijadikan amalan buat kita semua.
Mafhumnya: Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang
zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al-Isra' : 82)
(Al-Isra' : 82)
SAYANG ALLAH
Letakkan tapak tangan dekat dengan hati. Bisikkan pada diri ayat tersebut. In shaa Allah, moga dengan kuasa-Nya, titik-titik hitam hasad itu gugur dan mendekatkan lagi hubungan kita pada Allah S.W.T. Selain daripada itu, Puan Anita turut kongsikan satu tips tentang bagaimana untuk hadirkan rasa cinta pada Dia.
Sepertimana si isteri mencintai sang suami, rasa cinta itu antaranya dizahirkan dengan kata-kata. Tapi, adakah kita lakukan hal yang sama pada Allah? Begitulah yang dipersoalkan oleh Puan Anita pada sahabat-sahabat muslimat yang hadir. Sebagai penceramah, Puan Anita sendiri telah mengetuai sesi 'sampaikan cinta pada Dia'. Seluruh ahli dewan bersama-sama meluahkan bait-bait cinta pada Yang Khaliq. Bait-bait seperti "Saya sayang Allah" dan "Aku rindu Allah" diulang-ulang beberapa kali dan diakhiri dengan doa agar diberi keimanan yang kukuh.
Friday Wisdom edisi 8 Mac 2013 melabuhkan tirainya tepat jam 1.40PM.
(ANIS IZZATI BT AB FAUZAN)
Unit Informasi & Kaunseling,
Sayap Kiri Ummah Rabbani (SAKURA)
Sahabat Masjid (SAHAM) Sesi 12/13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
wah2..hebat sakura sekarang..semakin mantop
ReplyDeletealhamdulillah. semoga kehadiran SAKURA ini memberi manfaat pada muslimat, khususnya, dan seluruh umat manusia secara amnya. in shaa Allah.
ReplyDelete